Kursus Pemantapan Ict Belia 2016
10 Januari 2016 | Aktiviti TerkiniPI Yan Kechil membuka tirai 2016 dengan menganjurkan kursus pemantapan ICT kepada golongan belia. Seramai 14 orang peserta telah terpilih untuk mengikuti kursus tersebut selama 2 hari bermula pada 8/1/2016 dan berakhir pada keesokkan harinya bertempat di Bilik Latihan PI Yan Kechil. Keseluruhan peserta belia adalah dari ahli Persatuan Belia MAYC Nur Hidayah Kg. Titi Serong.
Pengisian bengkel pula adalah taklimat penjagaan komputer dan mengenal pasti komponen komputer. Selain itu, peserta diberi tunjuk ajar berkenaan asas Microsoft office word, powerpoint dan excel 2013. Peserta juga diajar penggunaan dan kepentingan emel peribadi dan sedikit slot Klik Dengan Bijak berkenaan kesedaran dalam melayari internet. Sebagai pelengkap kursus, peserta diminta membuat sedikit kuiz dan ujian untuk menguji kefahaman peserta.
Diakhir kursus, Majlis perasmian penutup dan penyampaian sijil dan cenderamata di jalankan. Pihak PIYK amat berterima kasih kepada tetamu yang hadir iaitu Pengerusi Majlis Belia Yan dan Pegawai Belia & Sukan Daerah Yan turut sama hadir memeriahkan program. Semoga dengan sedikit tunjuk ajar yang diberi akan memperoleh ilmu dan turut berkongsi dengan orang lain.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: