Kisah Kejayaan
Siti Asmanizam Omar
Puan Asma merupakan seorang Pembantu Pengurusan Murid di Pra Sekolah Hai Nyak Gam. Berasal dari Sungai Yan, Kedah. Sudah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak. Puan Asma merupakan usahawan muda yang mempunyai semangat dan berkemahuan untuk membantu keluarganya. Beliau merupakan seorang peniaga pelbagai produk secara kecil kecilan. Bermula sebagai ‘dropship’ tanpa keluar modal. Kemudian beliau menjadi seorang agen beberapa produk.
Sebelum penglibatan beliau bersama PI, bisnes yang dijalankan agak kurang mendapat sambutan. Hal ini kerana, beliau tidak tahu bagaimana cara untuk mempromosikan barangan yang dijual. Selain itu, barangan tersebut hanya dijual kepada rakan-rakan dan saudara-mara sahaja secara di luar talian kerana tidak mahir menggunakan komputer dan tidak tahu berkenaan ilmu perniagaan dan keusahawanan sebaiknya.
Selepas penglibatan beliau bersama PI, beliau banyak mendapat tunjuk ajar daripada staff PI tentang cara-cara untuk mempromosikan barangan yang di jual dengan menggunakan media sosial seperti facebook, instagram dan wechat. Kini beliau mahir mempromosikan produk beliau sendiri. Hasil daripada promosi yang berkesan, kini bisnes yang dijalankan mula menunjukkan peningkatan dan mahir menguruskan kewangan.
Menurut Puan Asma, dengan adanya PI Yan Kechil yang juga berfungsi sebagai pusat komuniti, ianya membantu beliau dari segi promosi sekaligus membantunya mendapat pelanggan yang berpotensi. Selain itu, PI Yan Kechil juga berfungsi sebagai agent pemasaran bagi produk keluarannya. Selain itu, beliau juga memasarkan produk dengan menggunakan aplikasi Whatsapp kerana ianya amat senang & mudah untuk digunakan berbanding aplikasi lain. PI banyak membantu perkembangan perniagaan beliau dengan berkongsi ilmu pengetahuan tentang bagaimana cara berniaga online dari rumah. Beliau boleh dihubungi di no whatsapp 011-2401 8676 https://www.facebook.com/asmanizam.omar