Pendidikan
1. Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika KEMAS)
Tabika KEMAS Yan Kechil
Tabika KEMAS Taman Yan
Program pendidikan awal kanak-kanak yang dianjurkan oleh KEMAS dikenali sebagai Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) merupakan program yang memberi peluang pendidikan awal bagi kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun.
Konsep Tabika KEMAS ialah 'Belajar Melalui Bermain' yang diselaraskan dengan sifat semulajadi kanak-kanak iaitu bermain, ingin tahu dan mencuba. Konsep tersebut kemudiannya diperluaskan kepada menguasai kemahiran 4M (Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul). Konsep ini bertujuan untuk memberi peluang dan galakan kepada kanak-kanak menguasai kemahiran asas dan pengalaman yang akan memudahkan mereka menerima pendidikan formal di sekolah rendah kelak.
Disamping itu, ia juga bagi meningkatkan kecemerlangan potensi individu kanak-kanak secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Pengetahuan dan kemahiran kanak-kanak ditingkatkan dengan pemupukan dan pengukuhan kepada amalan nilai-nilai murni melalui usaha-usaha dan program yang terancang dan berstruktur. Usaha ini bertujuan melahirkan pewaris cemerlang negara yang dibimbing dan dididik dalam suasana dan persekitaran yang sihat, ceria dan selamat di samping kerjasama erat dengan ibu bapa.
Tabika Kemas Yan Kechil,
06900 Yan Kedah
Tabika Kemas Taman Yan,
Taman Yan, 06900 Yan Kedah
2. Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI)
Menyediakan proses pendidikan awal yang berorentasikan sistem pendidikan Islam ke arah melahirkan anak yang soleh, berilmu dan beramal. Mendidik jiwa dan akal kanak-kanak dengan didikan Islam bersumberkan ajaran Al-Quran dan Hadis. Membimbing kanak-kanak supaya menghayati ibadah, akhlak dan cenderung melakukan ma'ruf serta meninggalkan mungkar. Melatih kanak-kanak membaca, menghafaz dan menghayati Al-Quran, doa dan zikir. Memberi pengetahuan kepada kanak-kanak asas-asas bahasa, matematik dan komunikasi ke arah kebolehan membaca, mengira, menulis dan menghafal.
PASTI Nurul Hidayah
Surau Nurul Hidayah
Kampung Titi serong,
06900 Yan Kedah
3. Pusat Pembelajaran Al-Quran(tidak formal) & Qiraati(sistematik)
Wakaf Pembelajaran Al-Quran Yan Kechil
Pusat Pembelajaran Qiraati
Gambar Pusat pembelajaran al-Quran yang tidak formal juga terdapat di sekitar Yan Kechil dimana, kanak-kanak akan belajar mengeja, mengenal huruf dan membaca ayat-ayat al-Quran. Sesi pembelajaran yang santai diatas wakaf yang luas. Lokasi bersebelahan stesen minyak Buroq-Oil, Yan Kechil. Manakala pusat pembelajaran Qiraati pula akan menggunakan modul buku iqra untuk sesi pembelajaran. Sesi pembelajaran pada waktu petang. Lokasi di No 92, Taman Setia Jaya, Jalan Perigi, 06900 Yan, Kedah.
4. Sekolah Rendah Kebangsaan
Sekolah Kebangsaan Yan Kechil
Kanak- kanak mendapat pendidikan tahun 1 hingga 6 di Sekolah Kebangsaan Yan Kechil, Sekolah Kebangsaan Kampung Pauh, Sekolah Kebangsaan Kg Setar dan beberapa buah sekolah lain. Ibu bapa akan memilih sekolah yang berdekatan dengan lokasi kediaman memudahkan mereka urusan pergi dan pulang anak-anak ke sekolah. Di dalam mukim yan terdapat lebih dari 10 buah sekolah rendah kebangsaan.
Sedikit sejarah berkenaan sekolah SK Nyak Gam iaitu, Pada Tahun 1973 sekolah ini digabungkan dengan Sekolah Perempuan Yan. Nama sekolah ini telah bertukar beberapa kali daripada Sekolah Melayu Yan kepada Sekolah Kebangsaan Yan. Pada tahun 1982 sekolah ini diberi nama Sekolah Kebangsaan Haji Nyak Gam. Nama sekolah ini diambil sempena seorang tokoh yang dikenali dan dihormati di Daerah Yan. Beliau adalah Tuan Haji Nyak Gam, iaitu Wakil Rakyat pertama sejak merdeka di kawasan ini. Sekolah ini juga merupakan sekolah tertua di Daerah Yan.
Nama Sekolah : Sekolah Kebangsaan Yan Kechil
Alamat Sekolah : 06900 Yan, Kedah Darul Aman
Kod Sekolah : KBA 9013
No Teledon/Fax : 04-4655951
Sesi Persekolahan : Pagi Sahaja
Nama Sekolah : Sekolah Kebangsaan Kg Pauh
Alamat Sekolah : 06900 Yan, Kedah Darul Aman
Kod Sekolah : KBA 9008
No Telefon/Fax : 04-4478012
Sesi Persekolahan : Pagi Sahaja
Nama Sekolah : Sekolah Kebangsaan Kg. Setar
Alamat Sekolah : 06900 Yan, Kedah Darul Aman
Kod Sekolah : KBA 9009
No Telefon/Fax : 04-4658027
Sesi Persekolahan : Pagi Sahaja
Nama Sekolah : Sekolah Kebangsaan Langkasuka
Alamat Sekolah : Jln Pegawai, 06900 Yan, Kedah Darul Aman
Kod Sekolah : KBA 9010
No Telefon/Fax : 04-4655535
Sesi Persekolahan : Pagi Sahaja
Nama Sekolah : Sekolah Kebangsaan Tok Mat Salleh
Alamat Sekolah : Kg Ruat, 06900 Yan, Kedah Darul Aman
Kod Sekolah : KBA 9011
No Telefon/Fax : 04-4651051
Sesi Persekolahan : Pagi Sahaja
Nama Sekolah : Sekolah Kebangsaan Hj Nyak Gam
Alamat Sekolah : 06900 Yan, Kedah Darul Aman
Kod Sekolah : KBA 9011
No Telefon/Fax : 04-4651051
5. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina
Sekolah Kebangsaan Cina Chung Hwa
Nama Sekolah : Sekolah Kebangsaan Cina Chung Hwa
Alamat Sekolah : Sungai Yan, 06900 Yan, Kedah Darul Aman
Kod Sekolah : KBC 9026
No Telefon/Fax : 04-4657430
Sesi Persekolahan : Pagi Sahaja
Nama Sekolah : Sekolah Kebangsaan Cina York Khoon
Alamat Sekolah : Jalan Pegawai, 06900 Yan, Kedah Darul Aman
Kod Sekolah : KBC 9031
No Telefon/Fax : 04-4657487
Sesi Persekolahan : Pagi Sahaja
6. Sekolah Menengah Kebangsaan
Sekolah Menengah Agama Fauzi, Yan
Di dalam Daerah Yan, terdapat beberapa buah sekolah bagi pendidikan menengah rendah manhupun atas. Berdekatan Pusat Internet Yan Kechil terdapat sebuah sekolah yang diberi nama Sekolah Menengah Agama Fauzi.
Sekolah Menengah Agama Fauzi (SMAF) telah ditubuhkan pada tahun 1971. Diasaskan oleh Tuan Guru Hj. Ahmad Fauzi bin Hj Mustaha. Sekolah ini dikategorikan sebagai Sekolah Agama Rakyat (SAR) pada peringkat awal penubuhannya. SMAF telah didaftarkan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah. Kini, SMAF dikenali sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan semakin berkembang dengan peningkatan pelajar yang saban tahun bertambah hasil usaha dan pengembelingan semua pihak. Berikut adalah mata pelajaran yang masih digunakan di sini:-
TINGKATAN 1 & 2 B.M, B.I, B.A, Sej, Geog, Sains, Math, KHB, P.Islam, Sivik, Al-Quran, Tauhid, Feqah, Hadis, Tafsir, Tajwid, Sirah, Khat, Mutholaah, Nahu, Soraf, Akhlak, Imlak dan Tulisan Jawi. PMR
(Penilaian Menengah Rendah)
TINGKATAN 3 B.M, B.I, B.A, Sej, Geog, Sains, Math, KHB, P.Islam, Al-Quran, Tajwid, Tauhid, Feqah, Hadis, Tafsir, Insyak, Tarikh Islam, Mutholaah dan Nahu,
TINGKATAN 4 B.M, B.I, B.A, P.Islam, Al Quran & as-Sunnah, Syariah Islamiah, Math, Sej, Sains, al-Quran, Tauhid, Feqah & Faraidh, Hadis, Tafsir, Tarikh Islam, Mutholaah, Balaghah, Nusus, Usul Fiqh, Nahu. SMRA
(Sijil Menengah Rendah Agama)
TINGKATAN 5 B.M, B.I, B.A, P.Islam, Al Quran & as-Sunnah, Syariah Islamiah, Math, Sej, Sains, al-Quran, Soraf, Feqah & Faraidh, Hadis, Tafsir, Tarikh Islam, Mutholaah, Balaghah, Nusus, Mantik, Arudh, Tarikh Adab. SPM
(Sijil Pelajaran Malaysia)
TINGKATAN 6 Al-Quran, Tauhid, Feqah & Faraidh, Hadis Wa Ulum, Tafsir Wa-Ulum, Mantik, Tarikh Islam, Balaqhah, Mutholaah, Arudh wal Qafiah, Nahu & Soraf, Insyak, Nusus & Adab, Usul Fiqh, Ekonomi, B. Melayu, B. Inggeris. STAM
(Sijil Tinggi Agama Malaysia) Shahadah IV Thanawi (kelolaan SMAF
Nama Sekolah : Sekolah Menengah Agama Fauzi
Alamat Sekolah : Yan Kechil, 06900 Yan, Kedah Darul Aman
Kod Sekolah : KFT 9002
No Telefon/Fax : 04-4475491/ 04-4655486
Sesi Persekolahan : Pagi Sahaja
Nama Sekolah : Sekolah Menengah Agama Yan
Alamat Sekolah : Titi Serong, 06900 Yan, Kedah Darul Aman
Kod Sekolah : KRA 9001
No Telefon/Fax : 04-4657366/ 04-4659253
Sesi Persekolahan : Pagi Sahaja
Nama Sekolah : Sekolah Menengah Kebangsaan Dulang
Alamat Sekolah : 06900 Yan, Kedah Darul Aman
Kod Sekolah : KEA 9003
No Telefon/Fax : 04-4658924
Sesi Persekolahan : Pagi Sahaja
Nama Sekolah : Sekolah Menengah Yan
Alamat Sekolah : Jalan Pegawai 06900 Yan, Kedah Darul Aman
Kod Sekolah : KEE 9024
No Telefon/Fax : 04-4651122/ 04-4651121
Sesi Persekolahan : Pagi & Petang
7. Giatmara Jerai , Yan
Nama Institusi : Pusat Giatmara Jerai
Alamat : Jalan Pegawai 06900 Yan, Kedah Darul Aman
No Telefon/Fax : 04-4655446
MLVK Accredited Centre No : K02058
Laman Web : http://www.giatmara.edu.my/
Kursus yang ditawarkan :-
1. Pendawai Elektrik (24 Bln)
2. Fashion And Dressmaking (6 Bln)
3. Teknologi Penyejukbekuan dan Penyaman Udara (6 Bln)
4. Building Maintenance (12 Bln)