Sosioekomoni Dan Keusahawanan
1. PEKAN HARI
Lokasi di bersebelahan pasar basah Yan kechil dan berhadapan medan selera Yan Kechil. Pada setiap hari Isnin bermula pada pukul 7.00 pagi hingga 12.00 tengahari, para peniaga akan memulakan perniagaan menjual pelbagai barangan basah mahupun kering. Makanan, pakaian, aksesori juga turut dijual dengan harga yang berpatutan.
2. PASAR MALAM
Lokasi di bersebelahan pasar basah Yan kechil dan berhadapan medan selera Yan kechil. Pada setiap hari khamis bermula pada pukul 5.00 petang sehingga 10.30 malam, para peniaga akan memulakan perniagaan menjual pelbagai barangan basah mahupun kering. Makanan, pakaian, aksesori juga turut dijual dengan harga yang berpatutan.
3. PASAR PETANG
Lokasi di bersebelahan pasar Yan kechil dan berhadapan medan selera Yan Kechil. Pada setiap hari bermula pada pukul 5.00 petang hingga 7.00 petang, para peniaga akan memulakan perniagaan dengan menjual pelbagai barangan basah seperti ikan, ayam, daging, sayuran dan juga barangan kering. Ikan segar juga turut dijual disini.
4. BAZAR RAMADHAN
Lokasi di tapak Koperasi Pasar Minggu Yan Kechil berhadapan dengan Pusat Internet Yan kechil, para peniaga makanan, lauk pauk dan kuih muih tidak ketinggalan menjual di sepanjang bulan Ramadhan Bermula Pada Pukul 4.00 Petang Hingga 6.30 Petang. Bagi peniaga yang ingin mendapatkan tapak untuk berniaga, pihak Koperasi Pasar Minggu Yan Kechil akan membuka tapak sewaan sebulan awal.
5. STESYEN MINYAK CALTEX
Lokasi stesyen minyak ini terletak di jalan menghala ke Dulang. Dibuka 24 jam setiap hari. Kemudahan disediakan seperti pam angin, tandas dan juga tempat solat. Terdapat juga kemudahan kedai serbaneka Seven 7 yang beroperasi 24 jam sehari.
6. MINI STESYEN MINYAK BUROQ
Lokasi stesyen minyak ini terletak di jalan menghala ke Titi Serong. Dibuka seawal jam 7.00 pagi sehingga 9.00 malam. Kemudahan disediakan seperti pam angin tayar.
7. PELBAGAI KEDAI YANG MENJUAL PELBAGAI BARANGAN DI KAWASAN YAN KECHIL
Kedai-kedai sekitar Yan kechil menjual pelbagai barangan seperti, barang-barang rugi, makanan runcit secara borong, telekomunikasi , hardware, alatan memancing, barangan plastik, pusat kecantikkan, butik pengantin dan pakaian dengan harga yang berpatutan.
8. BENGKEL MEMPERBAIKI KERETA, MOTOSIKAL & BASIKAL
Terdapat 5 unit bengkel yang terletak di dalam kawasan Yan Kechil yang menyediakan servis memperbaiki tayar, enjin, mengetuk dan mengecat badan kereta, aligment dan lain-lain.
9. PENTERNAKAN UDANG HARIMAU
Penduduk Kg. Kuala Sungai Yan menternak udang harimau bagi menambah pendapatan.
10. PERTANIAN PADI
Kebanyakkan penduduk sekitar Yan kechil mempunyai sawah untuk bertani. Tempoh menuai padi pada 4 atau 6 bulan sekali pada setiap tahun. Selain daripada bertani, wujud peluang pekerjaan seperti mengambil upah membaja, meracun dan lain-lain.