Klik Dengan Bijak (Kdb) Bersama Pelajar Sekolah Kebangsaan Haji Kassim Jasin
07 November 2016 | Aktiviti TerkiniPada 06 November 2016 ,Pusat Internet Yan Kechil dengan kerjasama PI Kuala Sala, PI Titi Teras, PI Bukit Besar dan PI Sungai Limau Dalam telah mengadakan Program Klik Dengan Bijak (KDB) bertempat di Makmal Komputer Sekolah Kebangsaan Haji Kassim Jasin (SKHKJ), Selengkoh Yan Kedah. Program ini bertujuan melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (Bijak Internet),mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain, memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri, mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet dan mewujudkan semangat berkumpulan dan saling bekerjasama sesama ahli kumpulan.
Program ini yang bermula pada jam 09.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengah hari melibatkan 50 orang pelajar dan juga tiga orang guru pengiring. Antara aktiviti yang menarik dalam program ini adalah taklimat klik dengan bijak, kuiz klik dengan bijak dan aktiviti secara berkumpulan. Bagi menceriakan suasana pihak Pusat Internet menyediakan hadiah bagi para pemenang dan penyampaian cenderahati kepada pihak sekolah diatas kesudian membenarkan program ini dijalankan di sekolah tersebut. Pihak kami amat berterima kasih kepada pihak sekolah diatas kerjasama yang diberikan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: