Advokasi Sempena Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Gerakan Belia 4B

14 Mei 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 13 Mei 2022 , PEDi Yan Kechil telah menyertai Advokasi Sempena Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Gerakan Belia 4B Negeri Kedah dengan kerjasama Gerakan Belia 4B Kawasan Jerai. Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim staf PEDi Yan Kechil dengan Komuniti setempat. Selain itu, Tujuan advokasi ini juga adalah untuk memberikan pendedahan kepada komuniti tentang bahayanya jenayah siber yang semakin berleluasa. Dengan adanya advokasi ini serba sedikit memberi pemahaman kepada komuniti untuk lebih berhati-hati dalam melayari dan menggunakan internet.

Program yang dilaksanakan ini juga secara tidak langsung dapat mempromosikan PEDi Yan Kechil khasnya kepada masyarakat setempat sekaligus mencapai matlamat penubuhan PEDi Yan Kechil. Kelebihan Aktiviti ini adalah Mendedahkan peluang-peluang kemudahan yang dapat dimanfaatkan bersama. Scam dalam talian semakin meningkat sejak kebelakangan ini. Terdapat pelbagai jenis kes penipuan dalam talian yang dilaporkan setiap hari. Semua diingatkan supaya jangan mudah terpedaya dan sentiasa berhati-hati dengan mesej atau panggilan yang mencurigakan

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali