Simulasi Pengajaran Pelajar IPT 2022

9 Januari 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 8 Januari 2022 yang lepas PEDi Yan Kechil telah mengadakan Kelas simulasi pengajaran bersama pelajar IPT iaitu Siti Aisyah Binti Abdul Khodir dan Nurul Hamizah Binti Mohd Arshad. Masing-masing berumur 23 tahun. Tujuan kaedah simulasi adalah untuk meningkatkan kebolehan murid mengaplikasikan konsep-konsep tertentu dalam penyelesaian masalah. Simulasi adalah suatu situasi yang diwujudkan supaya menyerupai situasi sebenar tetapi dalam bentuk yang dipermudahkan supaya masalah atau isu yang berkaitan lebih mudah diselesaikan.

Melalui kelas simulasi kali ini, pelajar diberikan latihan asas ICT untuk memudahkan mereka melakukan aktiviti secara atas talian dan offline bermula daripada proses rakaman hingga selesai projek dihantar untuk tujuan pemarkahan. Disebabkan oleh covid 19 yang menjadi penghalang pelajar belajar seperti biasa, maka PEDi Yan Kechil turut menawarkan perkhidmatan menyediakan tempat dan wifi secara percuma kepada mereka yang inginkan bantuan. Diharapkan PEDi Yan Kechil sebagai Pusat ICT ini memberikan manfaat kepada seluruh masyarakat

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali