Latihan Mengemaskini Data SPS (Sistem Pengurusan Sekolah) 2022

4 Mac 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 3 Mac 2022 PEDi Yan Kechil telah mengadakan Latihan mengemaskini data SPS Sistem Pengurusan Sekolah kepada waris atau ibu bapa yang terlibat. SPS adalah satu website atau laman sesawang yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia KPM untuk Perkhidmatan Dalam Talian KPM dan merupakan gerbang utama untuk melaksanakan transaksi berkaitan Pengurusan Murid di bawah KPM secara atas talian.

Tujuan Kelas ini diadakan adalah untuk membantu para waris dan ibu bapa mengemaskini data anak-anak mereka ke dalam sistem SPS bagi tujuan pendaftaran kemasukkan tahun satu dan memudahkan para waris memantau kehadiran dan pendidikan anak masing-masing. Melalui latihan SPS kali ini, Peserta didedahkan dengan kemahiran ICT bermula daripada panduan membuka akaun sehingga berjaya melakukan kemaskini data. Kelas ini berlangsung selama 4 jam iaitu bermula 2.00 petang hingga 6.00 petang

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali