Pertandingan Ucapan Kemerdekaan Malaysia Ke-64 Paling Kreatif

23 Ogos 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Ogos 2021, iaitu pada Ahad yang lalu, bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2021 Pusat Internet Komuniti Yan Kechil telah menganjurkan Pertandingan Ucapan Kemerdekaan Malaysia ke-64 paling kreatif. Pertandingan ini terbuka kepada semua peringkat umur dan video mestilah berdurasi tidak lebih daripada 2 minit. Komuniti sekitar bolehlah mempamerkan semangat kemerdekaan melalui pertandingan video ini. Pertandingan ini dapat menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan dengan mengibarkan jalur gemilang dan menambah ilmu pengetahuan. Program ini bertujuan untuk mengisi masa terluang komuniti dan menarik minat mereka untuk aktif mengikuti pelbagai aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh PIK Yan Kechil disamping sentiasa mengingatkan mereka akan sejarah kemerdekaan Negara Malaysia agar terus bersemangat menyambut bulan kemerdekaan pada setiap tahun. Tarikh tutup pertandingan ini adalah 30 Ogos 2021.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali