Kelas Ujian UKM1 2021- (Ujian Pencarian Murid Pintar Dan Berbakat)

17 April 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 16 April 2021 Pusat Internet Komuniti Yan Kechil telah mengadakan Kelas Ujian Ukm1 2021- (Ujian Pencarian Murid Pintar Dan Berbakat). Kelas ini diadakan pada jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang iaitu berlangsung selama 8 jam (kehadiran pelajar 3 orang secara berasingan). UJIAN UKM1 merupakan ujian saringan pertama untuk pencalonan murid-murid Malaysia berusia 8 hingga 15 tahun yang dijalankan sejak tahun 2009 untuk menyertai program-program seperti Program Perkhemahan Cuti Sekolah STEM UKM 2021 di Pusat GENIUS@Pintar Negara, Untuk kemasukan ke Kolej GENIUS@Pintar Negara, UKM dan pelbagai lagi. Ujian terbuka ini boleh diambil mulai 1 Februari hingga 31 Mei setiap tahun. Ujian ini adalah sebahagian usaha pencarian murid pintar intelek semula jadi yang dikendalikan oleh Pusat GENIUS@Pintar Negara, UKM dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan Kolej GENIUS Insan (kendalian Universiti Sains Islam Malaysia - USIM). Ujian dalam talian ini adalah percuma dan boleh diambil terus tanpa halangan birokrasi di sekolah, rumah dan lain-lain tempat yang mempunyai kemudahan internet dengan melayari laman sesawang ini. Tujuan Kelas ini diadakan adalah untuk membantu dan memudahkan para pelajar mendaftar secara atas talian seterusnya menjawab soalan-soalan ujian berkaitan.

Pengisian:

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali