Panduan Mengemaskini Data SPS - Sistem Pengurusan Sekolah

28 Januari 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 27 Januari 2021 Pusat Internet Komuniti Yan Kechil telah mengadakan Kelas Panduan mengemaskini data SPS - sistem pengurusan Sekolah kepada waris atau ibu bapa yang terlibat. SPS adalah satu website atau laman sesawang yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia KPM untuk Perkhidmatan Dalam Talian KPM dan merupakan gerbang utama untuk melaksanakan transaksi berkaitan Pengurusan Murid di bawah KPM secara atas talian. Tujuan Kelas ini diadakan adalah untuk membantu para waris dan ibu bapa mengemaskini data anak-anak mereka ke dalam system SPS bagi memudahkan para waris memantau kehadiran dan pendidikan anak masing-masing.

Melalui kelas sps kali ini, Peserta didedahkan dengan kemahiran ict bermula dari panduan membuka akaun sehingga berjaya melakukan kemaskini data. Kelas ini berlangsung selama 4 jam iaitu bermula 2.00 petang hingga 6.00 petang. (seorang sejam kerana waktu kedatangan berbeza-beza) Kehadiran 4 orang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali