Kelas Microsoft Office Individu

25 Oktober 2021 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 24 Oktober 2021, pihak Pusat Internet Komuniti Yan Kechil telah mengadakan satu kelas asas komputer bertempat di Pusat Internet Komuniti Yan Kechil. Kelas ini telah disertai oleh seorang peserta iaitu Masrina bt mahmod berusia 21 tahun bermula dari jam 9:00 pagi sehingga 1:00 petang selama dua hari. Tujuan kelas asas Microsoft Office ini diberikan kepada peserta supaya peserta tahu menggunakan Microsoft Office yang asas merangkumi Microsoft Word, Microsoft Excel dan Microsoft Powerpoint.

Antara penggunaan Microsoft Office ialah untuk mencipta dokumen, mencetak dokumen, mencipta resume dan surat, mencipta slide dan melakukan pengiraan. Pelatih memulakan sesi pembelajaran dengan Microsoft Word diikuti dengan Microsoft Excel dan Microsoft Powerpoint. Peserta juga diberi peluang untuk belajar dan mencipta dokumen, membuat pengiraan dan mencipta slide menggunakan komputer di Pusat Internet Komuniti Yan Kechil. Pelatih juga memberi latih tubi kepada peserta supaya peserta tahu apa yang dipelajari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali