Cara Permohonan i-Citra KWSP 2021

16 Julai 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Julai 2021 (Khamis) yang lalu telah diadakan Perkongsian Tutorial ‘Cara Mohon Icitra Kwsp’ iaitu Panduan Bergambar Langkah Demi Langkah secara atas talian oleh Pusat Internet Komuniti Yan Kechil. Perkongsian ringkas ini dikendalikan oleh Penolong Pengurus Pusat Internet Komuniti Yan Kechil. Tujuan perkongsian ini adalah bagi memberi tunjuk ajar kepada pemohon yang ingin memohon bantuan icitra kwsp secara atas talian. Pengeluaran i-Citra diperkenalkan untuk memberi kemudahan kewangan tambahan kepada ahli yang terkesan akibat PKP bagi memenuhi keperluan asas untuk kelangsungan hidup mereka. Tutorial ini berlangsung kira-kira pada jam 5 petang di mana staff PIK telah menerangkan cara-Cara permohonan Icitra Kwsp melalui Panduan Bergambar Langkah Demi Langkah secara atas talian. Melalui tutorial ini sedikit sebanyak dapat menambah pengetahuan dan kemahiran pemohon. Diharapkan supaya komuniti setempat lebih berminat untuk menggunakan kemudahan IT dan ICT yang disediakan di Pusat Internet Komuniti ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali