Advokasi Sempena Majlis Aspirasi Perpaduan Mendepani Norma Baharu

17 November 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 16 November 2021, Pusat Internet Komuniti Yan Kechil telah menyertai program anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Kedah bersama ahli rukun tetangga didalam program Advokasi Sempena Majlis Aspirasi Perpaduan Mendepani Norma Baharu untuk memberi taklimat Pengenalan Pusat Internet Komuniti dan Advokasi. Program ini dianjurkan oleh jabatan perpaduan negara dan integrasi nasional Negeri Kedah bertempat di Dewan Seminar Hotel Royale Signature, Alor Setar Kedah dan dirasmikn oleh Tn Pengarah Perpaduan Kedah En Rohai zahar Bin Nedi.

Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim staf PIK dengan Komuniti setempat. Program yang dilaksanakan ini juga secara tidak langsung dapat mempromosikan PIK Yan Kechil khasnya kepada masyarakat setempat sekaligus mencapai matlamat penubuhan PIK Yan Kechil. Selain itu, Kelebihan Aktiviti ini adalah Mendedahkan peluang-peluang kemudahan yang dapat dimanfaatkan bersama.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali