Pelajar IPTA Mengikuti Kelas Secara Online Distance Learning (ODL) Di Pusat Internet Komuniti (PIK) Yan Kechil

12 Mei 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 2 hingga 11 Mei 2021 iaitu Ahad hingga Selasa, beberapa orang pelajar IPTA telah mengikuti kelas secara Online Distance Learning (ODL) yang dijalankan oleh pihak IPTA masing-masing di Pusat Internet Komuniti (PIK) Yan Kechil. Tujuan Kelas ini diadakan adalah untuk membantu dan memudahkan para pelajar mengikuti pembelajaran secara atas talian. Mereka ini terdiri daripada kumpulan pelajar yang mempunyai masalah capaian internet di rumah. Kelas yang bermula pada jam 3.00 petang itu berlangsung selama 3 jam melalui capaian aplikasi Zoom. Dengan kemudahan fasiliti dan persekitaran yang kondusif, para pelajar dapat menjalani kelas pengajian dengan lebih berkesan dan selesa di Pusat Internet ini. Kepada pelajar IPTA/IPTS sekitar kawasan sekitar yang menghadapi kesukaran untuk capaian internet bagi tujuan kuliah online, anda boleh lah berkunjung ke PIK Yan Kechil. Setiap PIK dilengkapi 20 unit komputer, liputan Wifi dan ruang berhawa dingin untuk memberi keselesaan kepada pengguna. PIK juga memiliki kelengkapan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), capaian Internet yang laju serta petugas sepenuh masa. Terima kasih kerana memanfaatkan kemudahan di PIK Yan Kechil.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali