Pertandingan Selfie Merdeka 2021

9 September 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 8 September 2021, PIK Yan Kechil telah menganjurkan Pertandingan Selfie Merdeka 2021 sempena Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-64 pada tahun ini. Program ini bermula pada 1 September 2021 dan berakhir pada 15 September 2021. Pertandingan selfie merdeka 2021 adalah salah satu program yang diadakan bersempena sambutan hari Malaysia yang akan disambut pada 16 September ini. Tujuan pertandingan diadakan adalah untuk menyuburkan rasa cinta pada negara dan menyuntik semangat komuniti dalam menyemarakkan lagi sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini.

Selain itu program ini juga bertujuan memeriahkan sambutan Hari Malaysia yang terbatas disebabkan wabak covid19. Pihak PIK Yan Kechil mengajak masyarakat sekeliling menghantar gambar selfie yang bertemakan Hari Malaysia untuk dimuatnaik ke laman facebook PIK Yan Kechil. Ia juga dapat mengukuhkan perpaduan antara rakyat supaya saling menghormati, menyayangi dan bekerjasama antara satu sama lain. Semoga aktiviti seperti ini dapat diteruskan bagi merapatkan hubungan siratulrahim antara Komuniti Yan Kechil setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali