Perkongsian Tutorial 'Posting' Di Akaun Instagram Menggunakan Komputer / Laptop

3 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Bermula dari 1 Jun sehingga 28 Jun 2021 Pusat Internet Yan Kechil telah mengambil inisiatif untuk menjalankan program secara atas talian disebabkan pandemik covid 19 yang mengganas. Inisiatif yang diambil ialah perkongsian ilmu ICT dan tutorial ilmu perniagaan kepada usahawan dan komuniti umumnya. Melalui pendekatan ini norma baru dipraktikkan dan usahawan atau komuniti tidak perlu ke Pusat Internet dan boleh melihat tutorial video yang dikongsikan. Pada 2 Jun 2021 iaitu hari rabu yang lalu telah diadakan Perkongsian Tutorial 'Posting' Di Akaun Instagram Menggunakan Komputer / Laptop secara atas talian oleh Pusat Internet Komuniti Yan Kechil. Perkongsian ringkas ini dikendalikan oleh Penolong Pengurus Pusat Internet Komuniti Yan Kechil. Tujuan perkongsian ini adalah bagi memberi penambahan ilmu baru kepada komuniti berkaitan ICT agar komuniti setempat sentiasa celik IT dan tidak ketinggalan dalam perkembangan ICT yang semakin berkembang. Tutorial ini berlangsung pada jam 5 petang di mana staff PIK telah menerangkan cara-cara untuk memuat naik gambar di Instagram menggunakan komputer atau pc tanpa sebarang aplikasi. Melalui tutorial ini sedikit sebanyak dapat menambah pengetahuan dan kemahiran dengan lebih kreatif. Diharapkan supaya komuniti setempat lebih berminat untuk menggunakan kemudahan IT dan ICT yang disediakan di Pusat Internet Komuniti ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali