Kuiz ICT Klik Dengan Bijak

5 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Jumaat 4 Jun 2021, Pusat Internet Komuniti Yan Kechil telah mengadakan Program Klik Dengan Bijak secara di dalam talian. Kuiz ini berlangsung selama 2 hari bermula 4hb jam 5 petang sehingga jam 5 petang 2 hari berikutnya. Kuiz yang bertajuk find the match berkaitan KDB ini bertujuan untuk menggalakkan dan memupuk ahli-ahli Pusat Internet Komuniti untuk menyertai aktiviti pembelajaran ICT serta menambah ilmu dalam pembelajaran komputer dengan lebih baik. Kuiz ini juga dapat menambahkan kemahiran dan kefahaman ahli-ahli Pusat Internet berkaitan pembelajaran ICT serta mewujudkan aktiviti pada masa lapang yang berfaedah untuk ahli Pusat Internet Komuniti. Kuiz yang di sertai seramai 17 orang ini berlangsung di media sosial facebook dan whatsapp yang menggunakan wordwall.net sebagai medium.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali