Sesi Taklimat SKIM Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP)

7 Disember 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 6 Disember 2021, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah menganjurkan sesi taklimat Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) peringkat nasional di bawah Program Pemerkasaan Pendigitalan Usahawan Kecil (PUPUK) untuk bulan Disember 2021. Ini bertujuan untuk memperkenalkan SPPP kepada golongan sasaran iaitu usahawan B40 dan pelajar IPTA/IPTS/Kolej/Pusat Kemahiran dan sebagainya secara sepenuh masa dan mengikuti pengajian di dalam negara termasuk mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan inisiatif ini.

Oleh itu, SSM menjemput usahawan sekitar Pusat Digital Ekonomi (PEDi) di seluruh negara kecuali Sabah dan Sarawak untuk menyertai sesi taklimat ini. Berikut merupakan antara perkara yang diterangkan oleh pihak SSM dalam program dua jam ini:
1. Jenis-Jenis Entiti Perniagaan di Malaysia
2. Kelebihan & Syarat Mendaftarkan Perniagaan (Registration of Business)
3. Kaedah Pendaftaran Perniagaaan
4. Skim Pendaftaran Perniagaan (SPPP)
5. Kelebihan SSM Biztrust
6. Demo Mendaftarkan Perniagaan Secara Online
7. Q&A

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali