Bengkel Pengisian Data Sistem Maklumat Pendidikan Islam(SIMPENI)

12 Mac 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 11 Mac 2020 yang lalu, Pusat Internet Yan Kechil bersama Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Kedah Darul Aman telah bekerjasama mengadakan satu Bengkel Pengisian Data Sistem Maklumat Pendidikan Islam khususnya untuk guru-guru kafa negeri Kedah. Kursus tersebut telah dihadiri oleh 35 orang guru kafa. Kursus ini berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 3.00 petang. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk Mengisi Data Sistem Maklumat Pendidikan Islam secara atas talian bagi pelajar Kafa dan mengisi data mengunakan Microsoft Office Excel. Kebaikan bengkel ini selain daripada Memberi tunjuk ajar berkaitan ICT kepada semua peserta sekaligus dapat mempromosikan kemudahan-kemudahan yang tersedia di Pusat Internet Yan Kechil.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali