UPSR Youtube Live Maxis Ekelas 21 November 2020

22 November 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 21 November 2020 (Sabtu) telah berlangsungnya UPSR dan PT3 Youtube Live Maxis Ekelas 21 November 2020 bagi menggantikan Live Tutorial ekelas buat sementara waktu akibat Covid 19. Kelas pada kali ini dikhususkan untuk pelajar tahun 6 dan tingkatan 3 sahaja. Kelas pada kali ini berlangsung secara live di youtube bagi memudahkan para pelajar menikmati streaming pembelajaran tidak kira di mana sahaja samada di rumah atau sebagainya. Kelas berlangsung selama 2 jam bermula dari 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari dan dihadiri oleh seorang pelajar tahun 6 yang menyertai live youtube ekelas dirumahnya. Peserta berpeluang mengulangkaji pelajaran melalui Portal eKelas dan juga secara langsung bersama guru yang terlatih. Antara mata pelajaran yang disediakan untuk kelas ini adalah Bahasa Inggeris. Tajuk Bahasa Inggeris minggu ini ialah Fun With Grammer oleh cikgu Umar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali