Kelas ICT Dan Penggunaan Youtube Bersama Pelajar Sekolah

19 Disember 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Disember 2019, telah diadakan kelas ICT dan penggunaan youtube bersama pelajar pada musim cuti sekolah. Kelas ini di jalankan pada 18 Disember 2019 di Pusat Internet Yan Kechil. Kelas ini dijalankan bagi membantu pelajar-pelajar dalam penggunaan youtube dengan cara yang betul dan berfaedah. Kelas ini bermula pada jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 5.30 petang iaitu selama 3 jam. Kelas ini dikendalikan oleh Staff Pusat Internet dan dihadiri oleh peserta seramai 12 orang.

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk Memperkenalkan dunia ICT kepada pelajar dan cara-cara yang betul menggunakannya. Selain itu, kelas ini juga Memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri, Melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru, serta Memberi pendedahan mengenai “Klik Dengan Bijak”. Kelas ini juga sekaligus dapat Menggalakkan pelajar sekolah sentiasa peka dengan kecanggihan ICT dan tidak menyalahgunakan kemudahan ICT yang tersedia.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali