Community Engagement – Kenduri Kesyukuran Sempena Tuai Padi & Sukaneka Kampung Kuala Dulang Kechil
12 Februari 2017 | Aktiviti TerkiniPada 11 Februari 2017 yang lalu telah berlangsungnya suatu program iaitu ‘Program Sukaneka Sempena Tuai Padi Kampung Kuala Dulang Kechil’. Program ini berlangsung di Masjid Qhoiril Jamek Kampung Dulang Kechil. Program ini dihadiri oleh 350 orang pengunjung dan ianya melibatkan kerjasama empat lagi PI Daerah Yan. Dalam program tersebut turut berlangsungnya aktiviti seperti sukaneka advokasi, kenduri rakyat, bacaan tahlil dan sukaneka tradisional. Antara aktiviti sukaneka yang diadakan pada hari tersebut ialah Panjat Tiang Licin, Pertandingan Menangkap ikan keli dalam bendang, tarik tali, KDB Sesiput(kayuh basikal lambat), pencarian harta karun, KDB Musang Berjanggut, Bola sepak dalam bendang,Timbang Bola Takraw dan pelbagai lagi. Peserta dan pengunjung turut disediakan jamuan makan(kenduri) tengah hari diiringi nombor cabutan bertuah. Diakhir program diadakan sesi penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang yang berjaya.
Diharapkan aktiviti yang melibatkan kerjasama penduduk kampung Kuala Dulang Kechil ini sedikit sebanyak mengeratkan lagi hubungan diantara PI dan masyarakat disamping memperoleh pengetahuan sambil beriadah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: