Selamat Datang Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia(SKMM)
11 Februari 2016 | Aktiviti TerkiniPada 10 Februari 2016 baru-baru ini, PI Yan Kechil telah berbesar hati menerima kunjungan daripada pengerusi SKMM iaitu YBhg. Dato' Sri Dr. Halim Shafie dan diiringi oleh para pegawai dan kakitangan SKMM Utara, Maxis dan juga Nera Infocom(M). Lawatan hampir 4 jam di isi dengan penerangan dan info berkaitan aktiviti yang dilakukan oleh PI Daerah Yan yang meliputi 5 pusat internet lain. Penerangan ringkas tersebut diberikan oleh Sdr. Zamri Yob yang merupakan pengurus Pusat Internet 1 Malaysia Yan Kechil dan disusuli oleh Sdri. Elani Rashid. Seterusnya sesi soal jawab dan di ikuti sesi cadangan dan penambahbaikan yang diberikan oleh dato dan tentunya member suntikan baru untuk lebih bergerak aktif dan berdaya saing. Tambahan pula, sokongan dan idea yang diberikan menyuntik semangat untuk terus maju. Lawatan juga di teruskan di sekitar sudut keusahawanan yang menarik minat pengerusi untuk membantu usahawan tempatan meletakkan produk mereka. Lawatan diakhiri dengan menjamu selera di salah satu tempat pelancongan yang menarik di sekitar kawasan Yan iaitu Restoran Bersila yang menghidangkan juadah berasaskan itik dan pelbagai lagi masakan kampung.
PI Yan Kechil merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih di atas kunjungan tersebut. Tidak lupa juga kepada semua yang hadir dan turut sama secara langsung atau tidak langsung di dalam proses kelancaran lawatan tersebut.
Kalau Ada Sumur Di Ladang,
Boleh Kita Menumpang Mandi,
Kalau Ada Umur Yang Panjang,
Dapat Kita Bersua Lagi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: