Bengkel Panduan Pengisian Data Sistem Maklumat Pendidikan Islam (Simpeni) Oleh Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Kedah Darul Aman
08 November 2016 | Aktiviti TerkiniJabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Kemajuan Islam dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Maklumat telah mengadakan Bengkel Pemurnian Sistem Maklumat Pendidikan Islam (SIMPENI). Bengkel ini diadakan sebagai rujukan utama pengisian/pengemaskinian data sekolah agama dan KAFA ke dalam SIMPENI pada masa kini dan masa akan datang.
Bertempat di Pusat Internet Yan Kechil, Bengkel Pengisian Data Sistem Maklumat Pendidikan Islam atau ringkasannya SIMPENI dibawah anjuran Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Kedah Darul Aman telah diadakan pada 7 November 2016 (Isnin) disini. Tujuan utama Program ini diadakan adalah untuk Mengisi maklumat murid di dalam sistem pendaftaran menduduki ujian penilaian kelas kafa (UPKK) bagi tahun 2016 oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah. Selain itu, Program ini juga adalah untuk memberikan latihan dan penerangan menggunakan sistem secara atas talian untuk mengisi segala maklumat murid sekaligus memberikan latihan dan penerangan mengenai sistem Maklumat Pendidikan Islam (SIMPENI) kepada guru-guru KAFA.
Bengkel ini yang diketua oleh beberapa orang penyelia dan 28 orang peserta yang masing-masing adalah ustaz dan ustazah KAFA wakil bagi beberapa Daerah. Pihak PI Yan Kechil amat berbesar hati dengan kepercayaan yang diberikan oleh Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Kedah kerana memilih PI Yan Kechil sebagai tempat untuk menjalankan bengkel SIMPENI ini. Program ini juga turut diadakan disini sebulan sekali atau dua kali.
Program ini bermula pada pukul 8.00 pagi dan tamat pada pukul 1 tengah hari. Jamuan ringan turut disediakan kepada semua peserta yang terlibat. Di kesempatan ini, pihak PI Yan Kechil mengambil kesempatan mempromosikan kemudahan-kemudahan ICT yang terdapat di Pusat Internet Yan Kechil. Alhamdulillah maklumbalas yang diterima amat memberangsangkan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: