Kelas Menghasilkan Video Mykif Menggunakan Mobile Application (Viva Video)
17 November 2016 | Aktiviti TerkiniPada 16 November 2016, kelas menghasilkan Video Mykif menggunakan Mobile Application (Viva Video) telah diadakan di Dewan Sekolah Menengah Agama Sungai Limau. Seramai 67 orang pelajar Sekolah Menengah Agama Sungai Limau (SMA Sg.Limau) yang mengikuti kelas tersebut. Pembelajaran pada hari tersebut adalah mengenai teknik merekod dan mengedit video. Selain itu, latihan praktikal juga diberikan kepada pelajar. Dengan teknik pembelajaran yang mudah dapat difahami oleh para pelajar, ia dapat melatih para pelajar untuk membiasakan diri mereka dengan penggunaan mobile application. Turut terlibat lima buah pusat internet daerah Yan yang saling bekerjasama menjayakan kelas tutorial menghasilkan video mengunakan aplikasi Viva Video ini. Para peserta turut diberikan peluang untuk mengaplikasikan menggunakan telefon pintar masing-masing secara praktikal. Ini dilakukan untuk memastikan setiap peserta mampu mengedit dan menghasilkan video masing-masing menggunakan aplikasi tersebut pada masa akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: