Kelas Asas Microsoft Office (Words, Powerpoint, Dan Excel)
14 Oktober 2016 | Aktiviti TerkiniPada 13 Oktober 2016, Pusat Internet Yan Kechil telah mengadakan kelas asas Microsoft Word, Powerpoint dan Excel di Bilik Latihan PI Yan Kechil. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan tentang perisian Microsoft Word, Powerpoint dan Excel kepada para peserta. Selain itu, kelas ini juga dapat membantu para peserta untuk memahami cara-cara penggunaan microsoft Word, Powerpoint dan Excel. Seramai 3 orang peserta yang berumur diantara 14 tahun hingga 18 tahun. Diharap melalui kelas ini, para peserta dapat mengetahui lebih lanjut tentang perisian Microsoft Word, Powerpoint dan Excel.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: