Mini Karnival Kerjaya dan Keusahawanan PI Zone Event
5 November 2015 | Aktiviti TerkiniPada 1 hingga 4 November 2015, Pusat Internet Daerah Yan yang meliputi Pusat Internet Yan Kechil , Pusat Internet Kg. Titi Teras , Pusat Internet Sg. Limau Dalam , Pusat Internet Bukit Besar dan Pusat Internet Kuala Sala , Pusat Internet Langkawi , Pusat Internet Pokok Sena , Pusat Internet Jerlun , Pusat Internet Kodiang , Pusat Internet Napoh dan Pusat Internet Gunung Hilir telah mengadakan Mini Karnival Kerjaya dan Keusahawanan di Dewan Dato' Madi , Yan. Dirasmikan oleh Y.Bhg. Tuan Syamsul Anuar Bin Che Mey @Ismail.
Aktiviti yang telah diadakan ialah 16 buah booth yang telah terlibat dalam menjayakan karnival tersebut. Selain daripada itu, aktiviti kayuhan basikal sejauh 11 kilometer yang dinamakan "Cycling Hunt Yan Challenge 2015". Checkpoint 1 aktiviti musang berjanggut /monument / permainan tradisional/ puzzle ICT. Checkpoint 2 anyaman geruk chempedak. Checkpoint 3 kraftangan quiling. dan Checkpoint terakhir ialah hafazan doa pendek. Acara yang berlangsung di dewan adalah pertandingan muslimah stylish, pertandingan teka berat tembikai dan pertandingan tata hias. Cabutan bertuah juga turut diadakan. Di akhir program majlis perasmian dan pelancaran page FB telah diadakan. Penyampaian anugerah usahawan harapan PI 2015 diberi kepada Puan Roshita Ghazali (Pemilik Restoran Ombak Lara Mee Udang Spesel) diatas kejayaan beliau dalam mempromosikan restoran beliau.
Antara kebaikannya program ini adalah dapat mengeratkan hubungan di antara kakitangan PI bersama komuniti. Memperjelaskan peranan dan manfaat PI. Mengetengahkan usahawan tempatan serta menggalakkan peserta untuk menceburi bidang keusahawanan. Meningkatkan kefahaman dalam ilmu ICT serta panduan keselamatan dalam dunia siber. Pembentukan sahsiah diri dan keterampilan masyarakat harmoni.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: