Kdb Bersama (Pasca Pt3) Sma Sg. Limau Dalam
6 November 2015 | Aktiviti TerkiniPada 5 November 2015, Pusat Internet Daerah Yan yang meliputi Pusat Internet Yan Kechil. Pusat Internet Kg. Titi Teras , Pusat Internet Sg. Limau Dalam , Pusat Internet Bukit Besar dan Pusat Internet Kuala Sala telah dijemput untuk menganjurkan program Kdb Bersama (Pasca Pt3) Sma Sg. Limau Dalam yang bertempat di dewan tertutup sekolah tersebut.
Selama sehari bermula jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang pelbagai aktiviti telah dijalankan iaitu Taklimat Klik Dengan Bijak oleh Penolong Pengurus Pusat Internet Yan Kechil dan Explorace KDB Indoor. Pengisian explorace tersebut merupakan permaianan yang mempunyai maklumat yang berguna. Checkpoint 1 Kuiz KDB, Checkpoint 2 Mercu Tanda, Checkpoint 3 Hijacking Aeroplane, Checkpoint 4 Monumen KDB dan Checkpoint 5 Telefon Karat. Para peserta amat teruja dan seronok menjalani aktiviti tersebut. Diakhir program, penyampaian hadiah disempurnakan oleh pengetua Sekolah Menengah Agama Sg. Limau iaitu En. Bakar Osman.
Antara kelebihan aktiviti ialah peserta yang hadir ini dapat mempelajari dan menambah ilmu berkenaan panduan keselamatan melayari internet. Disamping itu, peserta memperolehi ilmu berkaitan komunikasi dan lain-lain. Bijak berinteraksi di alam maya adalah pengguna yang bijak dan selamat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: