Ict & Kdb Kanak-Kanak Istimewa Pdk Mustika Sg. Limau
4 Februari 2016 | Aktiviti TerkiniKunjungan Pusat Internet 1 Malaysia Yan kechil dan 4 buah Pusat Internet lain mendapat sambutan yang menggalakkan daripada warga PDK Mustika Sg. Limau Dalam. Pada 3/2/2016 seramai 6 orang kanak-kanak telah berjaya mengikuti latihan ICT yang bertempat di PDK Mustika baru-baru ini. Peserta di bekalkan notebook 1 Malaysia untuk kegunaan semasa sesi pembelajaran. Peserta di ajar cara menggunakan bullet & numbering, kekunci enter, delete dan caps lock untuk menaip menggunakan perisian Microsoft Office Word 2013. Sejam seterusnya, sesi pembelajaran diteruskan dengan menggunakan medium media interaktif menerusi aplikasi gadjet bagi menarik minat mereka. Melihat sambutan yang menggalakkan dari sesi komunikasi 2 hala diantara petugas dan kanak-kanak tersebut menarik minat kami untuk mengatur sesi seterusnya di lain waktu. Nantikan berita selanjutnya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: