Kelas Penulisan Resume Dan Pengisian SPA8I (Individu)

20 Februari 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 19 februari 2021 Pusat Internet Komuniti Yan Kechil telah mengadakan Kelas penulisan Resume dan pengisian SPA8i (individu). Kelas ini diadakan pada jam 3.00 petang hingga 5.00 petang iaitu berlangsung selama 2 jam. Tujuan Kelas ini diadakan adalah untuk membantu peserta terutama yang masih mencari peluang pekerjaan untuk membuat resume dengan format yang betul serta sekaligus memberi pengetahuan baru tentang cara penggunaan microsoft word dan juga cara pengisian maklumat di SPA8i, peserta juga diberi tunjuk ajar mengenai langkah-langkah untuk mengisi maklumat pekerjaan di Website SPA dan Memberi juga cara-cara memilih jawatan yang bersesuaian berdasarkan kelayakan yang dimiliki oleh peserta.

Melalui kelas kali ini, Para peserta akan lebih yakin dengan format penulisan resume yang tepat dan menarik serta menerima input baru mengenai penggunaan Microsoft word selain daripada menulis surat rasmi sahaja. Peserta juga diberikan Penerangan mengenai cara-cara mendaftar di website SPA dan peserta juga dinasihatkan supaya sentiasa log out ketika selesai menggunakan website SPA.

Pengisian:

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali