Simulasi Pengajaran Pelajar IPT

10 Januari 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 9 Januari 2021 yang lepas Pusat Internet Komuniti Yan Kechil telah mengadakan Kelas simulasi pengajaran bersama pelajar IPT yang melibatkan pelajar dari pelbagai untiversiti. Tujuan kaedah simulasi adalah untuk meningkatkan kebolehan murid mengaplikasikan konsep-konsep tertentu dalam penyelesaian masalah. Simulasi adalah suatu situasi yang diwujudkan supaya menyerupai situasi sebenar tetapi dalam bentuk yang dipermudahkan, diringkaskan atau dikecilkan supaya masalah atau isu yang berkaitan lebih mudah diselesaikan. Contohnya, dalam satu simulasi berkaitan dengan kerja-kerja petani di kebun, kebun sayur musnah dilanda banjir, bagaimana pekerja-pekerja kebun sayur menggunakan pelbagai peralatan semasa bekerja. Pada amnya, simulasi akan berjaya jika melibatkan situasi kehidupan seharian. Simulasi juga digunakan bersama-sama dengan kaedah buku teks, perbincangan dan penyoalan.

Melalui kelas simulasi kali ini, pelajar diberikan latihan ICT untuk memudahkan mereka melakukan aktiviti secara digital online dan offline bermula daripada proses rakaman hingga selesai projek dihantar untuk tujuan pemarkahan. Disebabkan oleh covid 19 yang menjadi penghalang pelajar belajar seperti biasa, maka PIK Yan Kechil turut menawarkan perkhidmatan menyediakan tempat dan wifi secara percuma kepada mereka yang inginkan bantuan. Diharapkan Pusat Internet Komuniti sebagai Pusat ICT ini memberikan manfaat kepada seluruh masyarakat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali