Latihan Mengisi MYBSN Internet Banking Online

18 Mac 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Mac 2021 Pusat Internet Komuniti Yan Kechil telah mengadakan Latihan mengisi MyBSN internet banking online kepada peserta yang terlibat. Internet Banking merupakan suatu transaksi perbankan melalui jaringan internet yang memanfaatkan teknologi internet sebagai media untuk melakukan transaksi dan mendapatkan informasi. Tujuan Kelas ini diadakan adalah untuk membantu peserta mendaftar akaun perbankan secara atas talian supaya dapat memudahkan urusan seperti memindahkan wang, membuat bayaran, menyemak baki, menerima bayaran, membayar bil, pembelian secara online dan pelbagai lagi.

Melalui Latihan internet banking kali ini, Peserta didedahkan dengan kemahiran ict bermula daripada panduan mendaftar akaun sehingga berjaya melakukan urusan perbankan atas talian. Kelas ini berlangsung selama 2 jam iaitu bermula 10.00 petang hingga 12.00 tengah hari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali