Program Latihan Pembangunan Usahawan Berprestasi Tinggi (Fasa IV)

7 Februari 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 5 dan 6 Februari lalu telah berlangsungnya Program Latihan Pembangunan Usahawan anjuran Koperasi UMK yang dijalankan secara atas talian melalui aplikasi Google Meet bersama 10 Pusat Internet Komuniti di bawah seliaan Nera Infocom Snd Bhd dan Maxis Broadband Sdn Bhd yang terdapat disekitar Kedah dan Selangor. Program ini bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada jam 5.00 petang. Pada 5hb Februari latihan diberikan kepada Pengurus dan 6hb Februari pula latihan dijalankan kepada penolong pengurus. Melalui program ini, peserta mempelajari asas teori dan praktikal berkaitan produksi video dan montaj menggunakan perisian VSDC Video Editor yang disampaikan oleh penceramah En. Wan Mohd Faiz bin Wan Ali selaku pereka dan fotographer hasil usahasama dengan pihak Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Program ini bertujuan untuk memberikan latihan pembangunan kepada staf pusat internet untuk menjalankan kerja-kerja penyuntingan video dan montaj serta melatih komuniti sekitar. Pendedahan tentang ilmu baharu ini bukan sahaja akan meningkatkan produktiviti kerja staf pusat internet tetapi juga dalam melatih komuniti sekitar secara amnya. Program ini disediakan untuk semua staf Pusat Internet Komuniti Kedah dan Selangor bagi tujuan menambah kemahiran insaniah dan keusahawanan kepada peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali