Kelas Asas Komputer (Resume) Menggunakan Microsoft Word

17 Januari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Januari 2020 jam 3 petang hingga 6 petang telah berlangsungnya kelas membuat resume menggunakan microsoft word di Pusat Internet Malaysia Yan Kechil. Kelas ini di adakan bertujuan untuk membantu para peserta terutama yang masih mencari peluang pekerjaan untuk membuat resume dengan format yang betul serta memberi pengetahuan baru tentang cara penggunaan microsoft word.

Kelas ini mengambil masa selama 3 jam. Antara kebaikan yang peserta perolehi adalah Para peserta akan lebih yakin dengan format penulisan resume yang tepat dan menarik serta menerima input baru mengenai penggunaan Microsoft word selain dari menulis surat rasmi sahaja. Kelas ini dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi ICT dan melatih peserta menggunakan kemahiran-kemahiran asas dalam Microsoft words sekaligus meningkatkan kreativiti para peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali