TTT Stream Yard Live Streaming Studio (Manager & Assist.Manager)

17 Ogos 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 15 dan 16 ogos 2020 (sabtu dan ahad) telah berlangsungnya TTT Stream Yard Live Streaming Studio (Manager & Assist.Manager) via Zoom. Kursus ini melibatkan semua kakitangan Pusat Internet di seluruh Malaysia dibawah NERA dan semua Service Provider dibawah seliaannya. Kursus ini dijalankan secara dalam talian atau Video Conference menggunakan aplikasi ZOOM. Train of Trainer pada kali ini dikendalikan oleh Pengurus dan Penolong pengurus Pusat Internet Kampung Taee iaitu Puan Ramlah Bt Osman dan Puan Siti Aisah Bt Mohd Faizal.

Tujuan Kursus kali ini diadakan adalah untuk Memberi pendedahan kepada staff Pusat Internet tentang alternatif pengendalian kelas dalam talian menggunakan aplikasi percuma iaitu Stream Yard Live Streaming Studio. Kursus ini ini dijalankan menggunakan aplikasi zoom selama lebih kurang 1 jam setengah bermula dari 9.30 pagi hingga 11.00 pagi. Matlamat program ini adalah untuk Berkongsi kepakaran dan kemahiran berkomunikasi kepada kakitangan Pusat Internet yang lain, Mendedahkan aplikasi pengajaran yang sesuai dengan media social seperti Facebook Page dan lain-lain, Memberi pemahaman secara langsung kepada penggunaan aplikasi Live Streaming Percuma di internet dan Sebagai latihan tahunan kepada kakitangan Pusat Internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali