Aktiviti Semarak Kemerdekaan Dalam Norma Baharu 2020

12 September 2020 | Aktiviti Terkini

Tahun 2020 rakyat Malaysia dikejutkan dengan penularan wabak penyakit berjangkit iaitu covid 19. Walaupun masih berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), namun semangat kemerdekaan harus di semaikan sebagai rakyat Malaysia. Pusat Internet masih lagi beroperasi seperti biasa dengan mengikuti SOP yang digariskan oleh MCMC. Dalam keadaan begitu aktiviti kemerdekaan dijalankan dengan jumlah penyertaan yang terhad.

Dalam usaha meningkatkan semangat kemerdekaan tiga aktiviti ringkas telah dijalankan pada 11 september 2020 bersama dengan ahli-ahli pusat internet. Antara aktiviti yang dijalankan adalah Kuiz Online Kemerdekaan, Colouring Online dan tayangan Kemerdekaan. Aktiviti dijalankan selama 2 jam dan penyertaan seramai 6 orang sahaja.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali