Quarter 3 2020 PI Assistant Managers Progress Meeting via Zoom

26 Julai 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 23 Julai 2020 (Khamis) telah berlangsungnya “Quarter 3 2020 PI Assistant Managers Progress Meeting” via Zoom. Mesyuarat pada kali ini dikhususkan untuk Penolong Pengurus Pusat Internet anjuran Nera Infocom. Mesyuarat pada kali ini membincangkan tentang attendance/kehadiran pekerja, hadkan kemasukan pengguna, suhu badan, kes/cuti kecemasan, informasi melalui email dan cuti.

Mesyuarat ini dijalankan serentak menggunakan aplikasi zoom selama lebih kurang 1 jam setengah bermula dari 9.15 pagi hingga 10.30 pagi dan dihadiri daripada 69 buah pusat internet yang terlibat. Semua yang terlibat berpeluang bertanyakan soalan dan memberi pendapat tentang isu yang dibincangkan pada hari tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali