Kelas Panduan Mengisi Borang Nikah Online

25 Jun 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 24 Jun 2020 (Rabu) iaitu semalam, Pusat Internet Yan Kechil telah mengadakan satu Kelas Panduan Mengisi Borang Nikah secara atas talian khusus untuk peserta yang bakal berkahwin dalam tempoh terdekat ini. Kursus tersebut telah dihadiri oleh 8 orang peserta iaitu bersamaan empat pasangan. Kelas ini berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang.

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk Memperkenalkan cara mengisi butiran peribadi pemohon serta pasangan mengikut langkah-langkah yang betul dan tunjuk ajar mengemaskini maklumat. Kebaikan kelas ini dapat membantu mereka yang kurang mahir dengan teknologi ICT serta dapat meningkatkan pemahaman mereka dalam penggunaan internet. Selain daripada Memberi tunjuk ajar berkaitan ICT kepada semua peserta sekaligus dapat mempromosikan kemudahan dan peranan di Pusat Internet Yan Kechil.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali