Tugasan Akademik Secara Dalam Talian (Online Distance Learning @ ODL)

26 November 2020 | Aktiviti Terkini

Bermula 9 November 2020 yang lepas, penutupan sekolah disebabkan oleh penularan wabak Covid-19 telah bermula dan proses pembelajaran akan dijalankan secara dalam talian. Pelajar kolej dan universiti turut terkesan dengan hal ini kerana mereka juga telah memulakan kelas dalam talian sejak semester baru dibuka pada bulan September atau Oktober yang lepas. Menyedari kesukaran bagi sebilangan besar para pelajar luar bandar di seluruh Negeri, inisiatif Pusat Internet Komuniti (PIK) disediakan untuk membantu mereka mengikuti pembelajaran dan menyiapkan tugasan akademik secara dalam talian (Online Distance Learning @ ODL) melalui capaian internet jalur lebar berkelajuan tinggi.

Terdapat 873 Pusat Internet Komuniti telah disediakan oleh Kementerian Komunikasi & Multimedia di seluruh Negeri yang menyediakan perkhidmatan komputer dan talian internet untuk kegunaan para pelajar. Para pelajar yang mempunyai komputer riba (laptop) sendiri boleh juga menggunakan khidmat Wifi yang disediakan di tempat-tempat ini. Pusat Internet ini turut menyediakan perkhidmatan seperti mencetak, laminating, menjilid (binding) dan juga pengimbas dokumen (scanning). Bagi memastikan keselamatan pelajar, pusat-pusat internet ini akan mengamalkan SOP sepertimana yang telah ditetapkan. Antaranya adalah pemeriksaan suhu, penjarakkan sosial dan juga menghadkan jumlah maksima pengunjung dalam setiap sesi penggunaan perkhidmatan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali