KEMPEN KESEDARAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI BERSAMA PIK YAN KECHIL

25 November 2020 | Aktiviti Terkini

Kempen Kesedaran Perlindungan Data Peribadi Bersama PIK Yan Kechil telah diadakan pada 24 November 2020 (Selasa) secara atas talian Live streaming menggunakan Streaming Yard. Kempen secara live ini bermula pada pukul 10.00 pagi dan berakhir pada 10.30 pagi. Live berkaitan Kempen Kesedaran Perlindungan Data Peribadi (Akta 709) kali ini telah disampaikan oleh Encik Zamri Bin Yob, Pengurus Pusat Internet Yan Kechil.

Tujuan kempen ini diadakan adalah untuk mendedahkan komuniti pusat internet tentang kepentingan dan keselamatan data peribadi di dalam dunia ict kini. Kandungan kempen ini juga diharapkan akan disampaikan kepada penduduk sekitar dan para usahawan supaya mereka mempunyai kesedaran untuk melindungi data peribadi dan melindungi data peribadi orang lain termasuk para pelanggan agar tidak disalah guna dan dieksploitasi oleh pihak lain.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali