Kelas Usahawan - Kelas Asas Perniagaan Di Shopee

6 Disember 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 5 Disember 2020 yang lepas Pusat Internet Komuniti Yan Kechil telah mengadakan Kelas Usahawan iaitu Kelas Asas Perniagaan Di Shopee. Shopee adalah satu platform yang mudah untuk mengembangkan lagi perniagaan secara atas talian. Tujuan Kelas ini diadakan adalah untuk membantu usahawan-usahawan yang berhampiran PIK Yan Kechil mendapatkan penerangan dengan lebih lanjut jika ingin membuat jualan di aplikasi Shopee.

Melalui kelas perniagaan shopee kali ini, Peserta akan belajar cara untuk memulakan jualan di Shopee. Antara latihan yang diberikan adalah teknik persediaan kedai, cara memasarkan kedai, cara menghantar dan mengurus pesanan serta menguruskan kewangan dari penjualan tersebut. Kelas ini berlangsung selama 6 jam iaitu bermula 10.00 pagi hingga 4.00 petang. Diharapkan Pusat Internet Komuniti sebagai Pusat e-dagang ini memberikan manfaat kepada seluruh masyarakat.

Pengisian :

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali