MISI DIGITAL PORTAL EKELAS RAYA BERSAMA EKELAS : MISI 1 DAN 2

19 Mei 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 11 dan 18 Mei 2019 (Sabtu) telah berlangsungnya Program Misi Digital Portal Ekelas iaitu Raya Bersama Ekelas Misi 1 Dan 2 di Pusat Internet Yan Kechil. Program ini diadakan bertujuan untuk melaksanakan satu misi digital Raya bersama ekelas bagi mengisi masa terluang pelajar dengan aktiviti yang menyeronokkan sebelum menyambut kedatangan hari raya Aidilfitri. Pelajar diarahkan membuat tugasan ini dalam kumpulan masing-masing dan Melukiskan rekaan hiasan Hari Raya untuk Pusat Internet di atas sekeping kertas mahjong atau mengikut kreativiti masing-masing.

Kemudian tangkapkan gambar rekaan dan muat naik ke dalam (Kumpulan Raya Bersama Ekelas). Markah akan diberi berdasarkan kreativiti. Program ini diadakan bermula jam 10.30 pagi hingga 11.30 pagi. Antara kebaikan program ini adalah dapat Memupuk semangat silaturrahim, Memupuk semangat kerjasama dan Membuat tugasan dengan lebih baik.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali