Live Tutorial E Kelas Maxis 2019 Penggal 1

24 Februari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 15, 16, 22 dan 23 Februari 2019 (Jumaat dan Sabtu) telah berlangsungnya Tutorial Secara Langsung untuk eKelas 2019 setelah dua minggu bercuti sempena Tahun Baru Cina yang mana kelas berikut dikhususkan untuk pelajar tahun 6, tingkatan 1, 2, 3, 4 dan 5. eKelas akan memperkenalkan cara pembelajaran terbaharu yang akan melibatkan kerja berkumpulan dan pelbagai aktiviti-aktiviti menarik.

Kelas yang berlangsung di Bilik Latihan Pusat Internet 1Malaysia Yan Kechil, selama 10 jam bermula dari 10.20 pagi hingga 6 petang ini dihadiri oleh lebih daripada 100 orang pelajar tahun 6, tingkatan 1, 2, 3, 4 dan 5. Peserta berpeluang mengulangkaji pelajaran melalui Portal eKelas dan juga secara langsung bersama guru yang terlatih. Antara mata pelajaran yang disediakan untuk kelas ini adalah Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali