Klik Dengan Bijak (KDB) dan Semarak Kemerdekaan 2019

30 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 29 Ogos 2019 (hari ini), Pusat Internet Yan Kechil telah mengadakan satu program Klik Dengan Bijak (KDB) dan Semarak Kemerdekaan di Stesyen Minyak Caltex Sungai Yan bersama penduduk setempat. Program tersebut telah dihadiri oleh 100 orang penduduk yang terdiri daripada pelbagai bilangan umur. Program ini berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 11.00 pagi. Tujuan program ini diadakan adalah untuk meraikan sambutan kemerdekaan yang bakal tiba tidak lama lagi serta melahirkan rasa kecintaan terhadap Negara Malaysia.

Program ini juga turut memberi pendedahan kepada awam tentang ewaste dan juga DTT iaitu Digital Terrestrial Television yang mana siaran Analog bakal ditamatkan pada akhir bulan depan sekaligus program ini dapat mempromosikan kemudahan-kemudahan yang tersedia di Pusat Internet Yan Kechil. Selain daripada membangkitkan semangat kemerdekaan dikalangan pelajar program ini juga memberi pengetahuan awam mengenai keselamatan sewaktu melayari internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali