Program Temuduga Terbuka Usahasama JOBMALAYSIA Bersama Perodua

5 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 4 Mac 2019 (isnin) telah berlangsungnya Program Temuduga Usahasama Jobmalaysia bersama Syarikat Perodua di Pusat Internet Yan Kechil. Program ini diadakan dengan kerjasama Job Malaysia Kedah dengan menjadikan Pusat Internet sebagai egen kepada pencari kerja. Program ini diadakan bermula jam 10.00 pagi hingga 2.00 petang.

Antara kebaikan program ini adalah dapat Meningkatkan peluang pekerjaan dan Memudahkan penduduk setempat untuk mendapatkan pekerjaan. Jawatan kosong yang ditawarkan pada kali ini ialah operator pengeluaran khususnya untuk lelaki. Seramai 18 orang telah hadir bagi menduduki sesi temuduga pada hari tersebut. Calon dikehendaki membawa bersama salinan kad pengenalan, sijil SPM, Sijil berhenti sekolah dan sijil-sijil akademik semasa menghadiri temuduga tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali