Rakaman Video Pertandingan Video Pendek (Amalan Cara Hidup Sihat Dalam Kalangan Oku Peringkat Kebangsaan 2018)

10 September 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 9 September 2018, kira-kira jam 10 pagi hingga 1 petang Pihak Pusat Internet Yan Kechil telah berkunjung ke Sekolah Kebangsaan Haji Nyak Gam untuk sesi rakaman video berkenaan amalan cara hidup sihat dalam kalangan Orang Kurang Upaya (OKU). Tujuan rakaman video ini adalah untuk menyertai satu pertandingan anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Turut terlibat 5 orang pelajar OKU Sekolah Kebangsaan Haji Nyak Gam telah memberikan sepenuh kerjasama dalam menyiapkan tugasan video tersebut. Selain itu juga, Dapat menjalinkan kerjasama dengan pihak sekolah dan dapat mempelbagaikan aktiviti-aktiviti pelajar OKU dan Pendidikan Khas Integrasi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali