Pembelajaran Menggunakan Google Maps

30 Julai 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 29 Julai 2018 telah berlangsungnya Pembelajaran menggunakan Google Maps bersama pelajar-pelajar sekolah menengah dari pelbagai sekolah Daerah Yan antaranya Sekolah Menengah Kebangsaan Dulang Kechil dan Sekolah Menengah Kebangsaan Yan. Dalam sesi pembelajaran berikut pelajar diberi pendedahan tentang bagaimana cara untuk melayari Google maps mengikut tempat yang dikehendaki, kemudian cara untuk “save”/simpan peta tersebut. Ada pelbagai kaedah untuk menyimpan gambar peta tersebut antaranya “print screen” dan paste di paint kemudian save/ simpan.

Cara ini membuatkan gambar peta tersebut lebih cantik berbanding file disimpan terus dalam bentuk pdf (bercampur iklan). Pembelajaran ini diadakan kerana ramai pelajar tidak tahu cara “search” kawasan di google map dan juga cara simpan file serta mencetak. Dengan mengadakan sesi pengajaran ini, pelajar dapat menyiapkan tugasan sekolah mereka sekaligus menambah ilmu pengetahuan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali