Firedrill PI Daerah Yan & Hari Terbuka PI Kuala Sala (Kerjasama PI Daerah Yan)

16 Disember 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Disember 2018 jam 9 pagi hingga 1 petang telah berlangsungnya Program Fire Drill PI Daerah Yan & Hari Terbuka PI Kuala Sala (Kerjasama PI Daerah Yan). Program ini bertujuan Menyampaikan kesedaran berkaitan kebakaran, Memberikan pendedahan tentang perkara yang perlu dilakukan ketika berlakunya hal kecemasan. Melatih peserta mengguna “fire extinguisher “ atau pemadam api dengan betul, dan Membantu melancarkan program Hari Terbuka PI Kuala Sala. Seramai 50 orang telah hadir dalam program ini.

Program ini mengambil masa selama 4 jam. Antara yang terlibat sepanjang program ini adalah Komuniti Sekitar PI Kuala Sala, Staf PI Daerah Yan, Wakil Maxis – Puan Noorly Iza Binti Amir Roslan, dan Staf Bomba Daerah Yan. Antara aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut adalah Pendaftran, Taklimat Kebakaran, Demonstrasi memadam kebakaran Advokasi, Sukaneka, Pemeriksaan kesihatan (Denggi), Cabutan bertuah dan Jamuan makan tengah hari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali